Filem Hiburan Jenayah Mahkamah Trending Video

Saya dah warning tetapi dia tetap degil! – Syamsul Yusof

Peguam Skop Productions (tengah) dan Yusof Haslam (kiri) turut menemani Syamsul ketika hukuman dibacakan di Mahkamah Tinggi Taiping. (Foto kredit Instagram @thehitmannazri)

GARA-GARA bongkak dan angkuh walaupun diberi amaran oleh Syamsul Yusof selaku pengarah filem Munafik 2, akhirnya seorang pemuda diperintah oleh Mahkamah Tinggi Taiping, Perak untuk membayar ganti rugi sebanyak RM100,000.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Tuan Asmadi Hussain ke atas defendan, Muhammad Izwan Shah Kamal Shah, 30, setelah didapati bersalah.

“Defendan telah didapati bersalah melanggar hak cipta dengan memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di media sosial atau platform lain tanpa keizinan.

“Jika gagal berbuat demikian, dia bakal menjalani hukuman penjara,” ujar Syamsul.

Menerusi entri yang dikongsi di laman sosialnya, Syamsul turut berharap kes tersebut dapat dijadikan iktibar kepada sesiapa jua yang berhasrat untuk melakukan jenayah serupa.

“Sebelum ini saya dah beri amaran tetapi dia masih berdegil. Malah siap cakap nak selfie apabila berjumpa nanti,” memetik kata-kata Syamsul ketika sidang akhbar dahulu.

Terdahulu, pemuda terbabit yang merupakan pekerja syarikat grafik didapati bersalah menyiarkan naskhah terbitan Skop Productions itu menerusi dua laman sosial iaitu Facebook dan Instagram.

Ekoran salah laku dilakukan pemuda berkenaan, mewakili syarikat produksi itu, Datuk Yusof Haslam selaku penerbit telah membuat satu laporan di Balai Polis Setapak pada 20 September dan perbicaraan dimulakan pada 22 Oktober lalu. – MHE TV

Iklan
Ruang komen
  Sumayyah permata kedua Syamsul dan Puteri Sarah