Sissy Imann melancarkan single terkininya, Pesanan Ayahanda.

Pembabitan Sissy Imann, 24, menerusi program Big Stage 2018 ternyata meninggalkan impak positif dalam karier nyanyiannya walaupun menjadi antara peserta terawal disingkirkan.

Terkini, dia yang dilihat sebagai peserta kegemaran juri profesional telah dilamar oleh penyanyi popular itu untuk bernaung di bawah label Faithful Music, milik Faizal Tahir.

Tindakan Faizal ‘menyambar’ penyanyi muda itu sekali gus menimbulkan cakap-cakap dalam kalangan orang seni yang mendakwa Sissy sebagai anak emasnya.

Sissy Imann

“Entahlah, saya tak tahu sama ada nak mengiyakan atau menidakkan perkara itu. Barangkali, itu mungkin persepsi umum terhadap hubungan rapat saya dengan Abang Faizal.

“Namun apa yang pasti, saya memang ‘anaknya’ sekarang dan memanggilnya bapak,” ujar Sissy yang baru sahaja tampil dengan single terbaharu, Pesanan Ayahanda.

Mengulas lanjut tentang Pesanan Ayahanda, Sissy menjelaskan bahawa karya itu dihasilkan oleh lima orang komposer iaitu Faizal, Ezra Kong, Mike Chan, Romeo dan dirinya sendiri.

Sissy Imann turut ditemani ayahnya, Mohammad Kamil Mustaffa.

“Selepas enam tahun berada dalam industri, Alhamdulillah, saya sendiri dapat melihat perubahan positif apabila semakin ramai yang menerima kehadiran saya dalam industri,” kongsinya menutup bicara. – MHE TV

Ruang komen