Filem Hiburan Video

Saya tak nak burukkan sesiapa, tetapi saya kecil hati – Dalimawati

Pelakon Dalimawati melahirkan rasa terkilan dengan apa yang berlaku terhadap kepada dirinya dan pelakon-pelakon filem Hantu Kak Limah (HKL) berikutan kontroversi pemberian bonus yang kurang memuaskan. 

Enggan memburukkan keadaan dengan menambah apa-apa cerita lagi tentang perkara ini, pelakon yang memegang watak Kak Limah ini bagaimanapun tetap meluahkan rasa kecil hati dan terkilan dengan sikap produser. 

“Selepas ini, saya perlu betul-betul pastikan soal bayaran dan bonus disahkan terlebih dahulu oleh pihak produser sebelum mengambil sebarang tawaran. 

“Saya bukan nak ‘demand’ lebih-lebih, tapi produser janganlah buat kami macam ni, kerja kami bukan senang… berlakon di dalam lecak dengan nyamuk dan lintah, jadi bayaran tersebut seharusnya setimpal dengan penat lelah mereka sebagai pelakon,” luahnya ketika ditemui MHE. 

Tidak pernah menyalahkan Mamat Khalid dengan apa yang berlaku, Delimawati tetap setia membawa watak hantu Kak Limah pada pementasan teater yang akan dipentaskan di Filem Animasi Park Studios (MAPS) di Perak pada 24 Disember sehingga 31 Disember ini. 

“Mamat hanya seorang pengarah, jadi saya tidak bertanya padanya tentang perkara ini. Yang saya dengar dia pun tidak berpuas hati. 

“Saya menerima tawaran untuk berlakon teater muzikal ini kerana ia diterbitkan oleh produksi berbeza dan bayaran yang diberikan juga setimpal.

“Namun, apa yang menariknya, selain merupakan pementasan teater pertama saya sepanjang 30 tahun bergelar pelakon ia juga akan dipentaskan di negeri Perak, tempat asal saya,”luahnya. – MHE TV

Ruang komen