Sumber gambar Kosmo

Setelah beberapa hari, akhirnya Abdul Aziz Ibrahim bapa kepada Haziq Abdullah membuka mulut berhubung klip video lucah yang mengaitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau bertegas bahawa anaknya bukan salah seorang lelaki dalam rakaman tersebut.

“Saya sudah tengok klip video pengakuan dan video lucah itu. Video lucah itu nampak meragukan, saya tak rasa itu anak saya,” kata Abdul Aziz Ibrahim seperti dipetik The Sun.

“Bagaimanapun, saya tengok video pengakuan itu berapa kali, kerana saya yakin itu bukan anak saya. Saya menganalisis klip video itu, teliti postur badannya, gerak dan suaranya, dengan harapan ia palsu,” jelasnya menyatakan anaknya seorang yang heteroseksual.

Laporan media itu turut memetik Abdul Aziz ada berhubung dengan Haziq semalam, namun tidak menyatakan isi perbualan mereka berdua.

Terdahulu, tindakan Haziq membuat selepas membuat pengakuan bahawa dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video mencuri tumpuan ramai.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal sekeras-kerasnya oleh Mohamed Azmin yang menganggap ia perbuatan untuk menjatuhkan karier politiknya.

Semalam, ketua Pemuda PKR Santubong itu tetap dengan pendiriannya dan telah membuat laporan polis di Kelana Jaya kerana bimbang dengan keselamatan dirinya.

Hari sama juga, majikannya iaitu Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin mengesahkan, Setiausaha Sulit Kanannya itu telah digantung tugas.-MHE TV

Iklan