Sebagai tanda ke arah hidup yang lebih baik, pelakon Keith Foo bertindak membuang tatu di badannya.

Menerusi entri yang dimuat naik pelakon drama Ariana Rose itu, Keith berkongsi video tentang proses membuang tatu tersebut.

“Sesetengah orang buat tatu untuk seronok-seronok dan ada juga mempunyai maksud tersendiri.

“Namun kebanyakannya melukis tatu untuk seumur hidup. Saya melukis tatu pertama pada usia 18 tahun dan selepas 18 tahun, tatu tersebut saya buang.

“Saya tidak menyesal (sebenarnya saya suka). Ia mempunyai maksud tersendiri.

“It is a tranformative journey – growing up, spiritual awakening, giving up fixed ideas and open-mindedness,” tulis Keith.

Keith menjalankan proses buang tatu menggunakan rawatan Pico Laser di sebuah pusat estetik Petaling Jaya, Selangor.

Keith berkahwin dengan Kim pada 2015 dan mempunyai cahayamata, Skylar Raymond yang kini berusia dua tahun. – MHE TV

Iklan