Setelah dua tahun bercinta, pelakon Scarlett Johansson kini bergelar tunangan kepada Colin Jost.

Berita gembira ini disahkan sendiri oleh wakil Johanson kepada The Associated Press Sunday.

Bagaimanapun pasangan ini belum menetapkan sebarang tarikh untuk berkahwin.

Johansson sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Reynolds pada 2008 namun hanya bertahan selama tiga tahun.

Dia kemudian berkahwin dengan Romain Dauriac pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Rose yang kini berusia lima tahun. Johanson dan Dauriac berpisah pada 2017.

Bagaimana pun, ini merupakan perkahwinan pertama buat Jost.

Pasangan ini bertemu ketika Johansson membuat kemunculan khas dalam Saturday Night Live yang mana Jost adalah barisan pelakon program tersebut.

Pasangan ini mencuri tumpuan ramai sewaktu berjalan bersama di acara karpet merah majlis tayangan filem Avengers: Endgame baru-baru ini.

Johansson memegang watak Black Widow dalam rangkaian filem tersebut. – MHE TV

Iklan