Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Dek kerana terlalu terbuka menceritakan hal peribadi, aktor Indonesia, Galih Ginanjar, berdepan hukuman penjara maksimum enam tahun.

Pelakon sinetron Cinderella (Apakah Cinta Hanyalah Mimpi?) ini dituduh mengeluarkan kata-kata mengaibkan terhadap bekas isterinya, Fairuz A Rafiq.

Galih dipercayai menuduh kemaluan Fairuz, berbau seperti ikan masin dalam satu program bual bicara di saluran YouTube ketika mengulas hal peribadi mereka secara terbuka.

Disebabkan perkara itu, Galih mendakwa hubungan kelamin dengan bekas isterinya hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Fairuz dan keluarga telah membuat laporan polis ke atas bekas suaminya itu sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Bekas pasangan suami isteri ini berkahwin pada 5 Mac 2011 sebelum mengambil keputusan berpisah pada tahun 2014. Mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bernama King Faaz Arafiq pada 2012.- MHE TV

Iklan