Setelah menjalani pembedahan di bahagian otak dan hampir dua hari tidak sedarkan diri, adik kepada bintang komedi, Datuk Afdlin Shauki iaitui Jefri Adzman Aksan disahkan meninggal dunia.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 48, menerusi laman Instagram miliknya dan menambah bahawa Jefri menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5.14 petang di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

“Adik lelaki saya, Jefri Adzman Aksan telah pulang ke Rahmatullah pada hari ini, pukul 5.14 petang tadi.

“Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan roh-roh orang yang beriman,” memetik kapsyen dimuat naiknya.

Pada masa yang sama, Afdlin berharap agar sesiapa mengenali adiknya itu memaafkan segala kesilapan yang lalu serta halalkan makan dan minumnya.

“Sekarang, adik dah boleh jaga mak di jannah (syurga), insya-Allah.

“Ya Allah, jagalah mereka, hindarkanlah seksa kubur, elakkan daripada azab api neraka, jauhi fitnah sewaktu hidup dan selepas mati,” tambahnya.

Afdlin juga berharap, seandainya Jefri ada berhutang dengan sesiapa, mohon terus menghubunginya. – MHE TV

Iklan