Perayaan Tahun Baharu Cina tahun ini disambut meriah seperti biasa oleh msyarakat Tiongha di Malaysia. 

Bagi pelakon dan juga penerbit Nancie Foo, perayaan Tahun Baharu Cina memberikan peluang buat dirinya berkumpul bersama seluruh ahli keluarga. 

“Saya suka dengan suasana menyambut Tahun Baharu Cina kerana pada masa inilah semuanya dapat berkumpul. 

“Saya pastikan anak-anak untuk memakai baju tradisional iaitu cheongsam. Tetapi biasalah budak-budak muda. Mereka tak berapa gemar. 

“Sebaliknya, lebih suka memakai jeans dan pakaian lain. Namun saya tetap mahu mereka memakai cheongsam walaupun hanya pada hari pertama Tahun Baharu Cina. 

Nancie Foo bersama Fadilah Mansor pada majlis yang diadakan YKAT.

“Sama seperti orang Melayu yang memakai baju tradisional seperti kurung, kebaya pada hari raya. Saya suka dengan suasana begitu.

“Orang muda sekarang ini memang tidak minat dengan pakaian tradisi. Tetapi pada saya, selagi masih hidup, saya pastikan tradisi itu diteruskan dan dipertahankan,” ujar Nancie yang mempunyai tiga anak perempuan iaitu Ai Dee, Ai Vee dan Ai Lee. -MHE TV

Ruang komen