Lebih 10 dekad menyepi, kumpulan legenda wanita, Fin.K.L kini kembali mencuri tumpuan menerusi kemunculan mereka dalam siri realiti bertajuk, Camping Club.

Pada satu episod terbaharu, Lee Hyori, Ock Joo-hyun, Lee Jin, and Sung Yu-ri menangis apabila dua pengurus lama mereka tiba-tiba muncul dan membuat kejutan.

Selama ini Fin K.L dikatakan tidak mempunyai hubungan baik dengan pengurus disebabkan sering timbul salah faham.

“Mereka tentunya selalu berdepan saat yang sukar sepanjang menguruskan dan sangat sabar dengan kerenah kami,” kata Ock Joo Hyun.

Salah seorang pengurus, Go Soo Am yang mendengar pengakuan itu berkata,

“Walaupun ‘susah’ bekerja dengan mereka namun saya tidak pernah terfikir untuk berhenti.

“Bahkan menangis apabila adik saya mencadangkan agar saya meletak jawatan

“Saya faham tekanan yang mereka (Fin K.L) rasai ketika mereka di era kegemilangan,” ujarnya.

Kata-kata lelaki itu membuatkan semua anggota Fin K.L tersentuh lalu menangis.

Fin.K.L menjadi kegilaan peminat sekitar akhir 1990-an dan awal tahun 2000. Kumpulan ini tidak pernah dibubarkan, cuma mereka tidak aktif sejak 2005.

Dalam tempoh 14 tahun ini, mereka pernah bersatu dan tampil bersama di pentas ketika di konsert solo Lee Hyori, pada tahun 2008.

Iklan