Seorang pemilik akaun Twitter @amin_jameam melancarkan kempen beri duit raya pada golongan yang bekerja.

Menerusi entri dimuat naik, dia menyeru netizen memberikan duit raya kepada pekerja tol, pengawal keselamatan dan barista.

Sebagai galakan, dia turut memuat naik satu rakaman videonya memberikan duit raya pada seorang barista selepas mengambil minuman yang dipesan.

Reaksi terkejut barista setelah menerima duit raya menerusi video berdurasi 10 saat nyata menarik perhatian ramai netizen.

Tidak hairanlah ada beberapa netizen menyahut kempen berkenaan dengan berkongsi video memberi duit raya kepada pekerja drive thru McDonald’s dan Baskin Robins.

Kempen beri duit raya yang menggunakan tanda pagar #DuitRayaMovement turut meminta netizen lain berkongsi gambar atau video semasa menyerahkan duit raya.

Apa lagi, jom kita sama-sama bersedekah. -MHE TV

Iklan