Pemain tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams muncul sebagai atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi di dunia empat tahun berturut-turut, selepas mengumpul kekayaan 24 juta pound (RM122 juta) dalam tempoh 12 bulan.

Menerusi senarai yang dikeluarkan Forbes, pemenang Grand Slam sebanyak 23 kali itu menerima bayaran jumlah tersebut selama 12 bulan hingga 1 Jun lalu, yang menyaksikan hanya 3.4 juta pound (RM17 juta) hasil wang kemenangan.

Serena mengumpulkan kekayaan RM122 juta dalam tempoh 12 bulan.

Sementara itu, bintang tenis muda dari Jepun, Naomi Osaka menduduki tangga keempat selepas memperoleh pendapatan lebih daripada 16.5 juta pound (RM84 juta) setahun selepas Williams, Maria Sharapova dan Li Na.

Pemain tenis muda Jepun, Naomi Osaka berada di kedudukan kedua selepas Serena.

Osaka menerima bayaran 20 juta pound (RM101 juta) selepas dia memenangi dua Grand Slam pertamanya di Terbuka AS dan Terbuka Australia.

Osaka yang berusia 21 tahun, merupakan atlet berdarah campuran Jepun dan Haiti, namun membesar di Amerika Syarikat (AS) baru sahaja April lalu mengikat perjanjian penajaan bersama jenama pakaian sukan terkemuka dunia, Nike.

Maria Sharapova berada di kedudukan ketujuh senarai atlet wanita paling kaya di dunia.

Lain-lain atlet dari sukan lain yang menerima bayaran tertinggi menyaksikan pemain bola AS, Alex Morgan berada di kedudukan ke-12, setelah mengumpul kekayaan 4.75 juta pound (RM24 juta) yang mana sebahagian besar hasil daripada penajaan. – MHE TV

Iklan