Jika sebelum ini kita sudah terbiasa melihat pelakon superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) membawakan watak utama dalam setiap filem yang dibintanginya.

Namun kali ini, bintang Kuch Kuch Hota Hai ini dikhabarkan memilih untuk tampil sebagai cameo di dalam filem Tamil yang berjudul Bigil.

Tampil cameo dengan membawakan karakter penjahat di dalam filem Tamil berjudul Bigil.

Filem Bigil yang turut dibintangi pelakon Vijay sebagai watak utamanya, sebelum ini diberikan tajuk Thalapathy 63 merupakan salah satu filem Tamil yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini.

Menurut seorang sumber, SRK akan muncul di dalam filem Bigil selama 15 minit dengan membawakan karakter seorang penjahat.

“Selama 15 minit kemunculan SRK dalam Bigil, beliau akan mempunyai aksi pergaduhan dengan Vijay,” ujar sumber tersebut.

Nampaknya ini ada berita gembira buat peminat aktor yang berusia 53 tahun ini, sebagai pengubat rindu untuk melihatnya di layar perak pada tahun ini.

Selepas kegagalan Zero, Shah Rukh Khan dilihat belum terlibat dalam mana-mana filem.

Selepas kegagalan filem Zero yang dibintanginya, SRK dilihat masih belum terlibat dengan mana-mana filem di Bollywood.

Sebaliknya, SRK hanya terlibat untuk alih suara bagi filem Lion King versi Hindi bersama anaknya, Aryan Khan. – MHE TV

Iklan