Pihak keluarga mangsa ragut dari Pasir Puteh, Kelantan meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut tampil membantu.

Semalam, kira-kira pukul 11.30 tiga beranak cedera termasuk seorang bayi terjatuh selepas diragut dua orang suspek yang menaiki motosikal.

Difahamkan, kejadian terbabit telah dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kedai barangan menjual elektronik.

Berdasarkan perkongsian seorang ahli keluarga mangsa dalam Facebook, tiga beranak berkenaan sedang membonceng motosikal sebelum tiba-tiba didatangi dua suspek dari arah belakang dan meragut sehingga motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan.

Akibat kejadian, penunggang (ibu) dan seorang anak perempuannya cedera di badan dan muka. Manakala, seorang bayi cedera di bahagian dahi.

Susulan, pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.-MHE TV

Iklan