Video pemuda kacak yang memperkenalkan diri sebagai Haziq Aziz mula tular dalam laman sosial.

Ini kerana lelaki tersebut `berani mati’ mengaku yang dirinya adalah individu bersama `MENTERI KANAN’ dalam sebuah video lucah yang mula tersebar.

Soalnya, siapa Haziq Aziz?

Melalui pencarian di Internet, nama sebenar lelaki itu ialah Haziq Abdullah Abdul Aziz yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Kini Haziq merupakan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Bin Hj. Mohd Akin.

Haziq semasa terlibat dengan pelbagai demonstrasi

Haziq dilantik ke jawatan tersebut pada 15 Januari 2019.

Selain itu Haziq pernah bekerja di sebuah syarikat guaman dan merupakan bekas penuntut jurusan undang-undang dari Universiti Malaya.

Haziq Aziz diketahui aktif dalam politik sejak remaja apabila pernah mencetuskan kontroversi dengan terlibat dalam pelbagai demonstrasi antaranya demonstrasi mansuh PTPTN sehingga digantung satu semester akibat tindakan biadap dalam demonstasi tersebut.

Beliau juga pernah terlibat dalam demonstrasi Duduk Bantah di Dataran Merdeka selain terlibat rusuhan di hadapan pintu pagar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2012. – MHE TV

Iklan