Penuntut jurusan perubatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh memenangi pingat emas bagi persembahan Aerodance sempena pertandingan Medical InterVarsity Games (MIGV) 2018, yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Mempersembahkan lima lagu iaitu On The Floor (Jennifer Lopez), Idol (BTS feat Nicky Minaj), Magenta Riddim (DJ Snake), We Are A Bit Different (Evol) dan HandClap (Fitz and The Tantrums), gerakan tarian yang sangat ‘superb’ direka oleh Ikhmal Azzarin ini berjaya memukau perhatian penonton.

Iklan