Gambar biasa yang dimuat naik oleh ibunya Rubia, telah mengubah nasib sekaligus menjadi permulaan kerjaya Georgia Traebert yang kini bergelar seorang model.

Baru berusia 14 tahun, remaja berasal dari Curitiba, Brazil ini bukan model biasa. Dia seorang penghidap Sindrom Down. 

Georgia Traebert

Georgia Traebert kini popular di pentas peragaan dan mendapat kepercayaan ramai pereka fesyen.

Namun dia membuktikan keadaan itu tidak menjadi penghalang untuk mencapai impian. 

“Georgia telah menandatangi kontrak dengan lima agensi pemodelan tetapi media sosial seperti Instagram dan Facebook menjadikan dia lebih dikenali di seluruh dunia. 

“Dia baru sahaja menjalani penggambaran komersial untuk jenama terkenal di Brazil dan memperagakan salah satu rekaan barangan kemas terbesar di Brazil,” jelas Rubia.

Georgia mendapat sokongan penuh keluarganya untuk bergelar model.

Setakat ini, Georgia sudah mempunyai lebih 60,000 pengikut di laman sosial Instagram.

Sejak kecil lagi Georgia berminat dengan fesyen dan peragaan. Biarpun terpaksa bergelut sebagai seorang kanak-kanak ‘istimewa’ seperti perlu menyesuaikan diri di sekolah, kurang keyakinan diri serta kesepian, tetapi kini dia berjaya membuktikan dia boleh berjaya seperti individu normal. – MHE TV

Iklan