Tangan yang kuat tu jangan disimpan lama. Kalau berani dan berhajat jom turun Melaka dan sertai pertandingan Gusti Lengan Mr. Melaka yang akan berlangsung pada 27 April 2017, hari Sabtu ni.

Tapi korang semua kena datang awal tau sebab pendaftaran bermula pada pukul 11 pagi yang bertempat di khemah urusetia MED 2019, MITC Ayer Keroh, Melaka.

Seperkara lagi, ada tiga kategori yang akan dipertandingkan antaranya, lelaki 75 kilogram ke atas, lelaki 75 kilogram ke bawah dan kategori terbuka untuk wanita.

Semua acara tersebut adalah berkonsepkan individu dan menggunakan format ‘kalah mati dua kali’. Hah, satu lagi nak beritahu ni…para peserta yang nak masuk acara ni perlulah memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata, lepas tu sesiapa yang didapati bertanding di bawah pengaruh dadah atau alkohol akan dibatalkan penyertaan secara serta-merta.

Oh, lupa pula nak beritahu…Juara pertandingan Gusti Lengan Mr. Melaka ni akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM250, naib juara RM200, tempat ketiga RM100, keempat RM50 dan kelima RM30. Perghhh, lumayan jugak tu beb!

Tapi kalau korang tak berminat nak join acara gusti lengan ni jangan risau, sebab banyak acara lain lagi yang boleh disertai antaranya, Battle Orang Muda, Karaoke Terbuka dan Pidato Generasi Harapan.

Selain itu ramai selebriti popular tanah air juga akan berkampung di sini dan mengambil bahagian membuka gerai jualan masing-masing bagi memeriahkan acara, di samping membuat persembahan istimewa.

Semua acara ini akan berlangsung dengan meriahnya di Fiesta MED 2019: Usahawan Wira Ekonomi  pada 27 hingga 28 April ini di Dataran MITC, Ayer Keroh. Jadi tunggu apa lagi orang-orang Melaka? Jom kita serbu MITC Ayer Keroh Sabtu dan Ahad ni. – MHE TV

Iklan