Bertempat di Dataran MITC Ayer Keroh, Melaka, satu pertandingan karaoke akan diadakan sempena Fiesta MED 2019: Usahawan Wira Ekonomi pada Sabtu dan Ahad ini.

Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengenal peringkat usia mahupun lapisan bangsa, pendaftaran mula dibuka pada jam 10 pagi di kedua-dua hari fiesta dianjurkan.

Diwajibkan membawa cakera padat (CD) minus one untuk lagu nyanyian masing-masing, peserta bebas menyanyikan satu lagu pilihan sendiri.

Menariknya, tiga penyanyi dengan persembahan terbaik akan diumumkan sebagai pemenang pertama, kedua dan ketiga, bahkan membawa pulang hadiah berupa wang tunai.

Setelah keputusan telah diumumkan, peserta tidak dibenarkan mempertikaikan kredibiliti juri penilai kerana setiap pemarkahan yang diberikan adalah muktamad.

Selain itu, Media House Entertainment Sdn. Bhd. (MHE) turut menganjurkan beberapa acara lain seperti Gusti Lengan Mr. Melaka, Pidato Generasi Harapan dan Battle Orang Muda.

Pengujung juga berpeluang beramah mesra dengan barisan selebriti yang membuka gerai jualan mereka sepanjang dua hari ia berlangsung. – MHE TV

Iklan