Penampilan produser dan pelakon prolifik Hong Kong, Simon Yam di hadapan khalayak di Guangzhoi, Guangdong, China hujung minggu lalu menjadi bualan hangat masyarakat.


Ramai yang terkejut dan tidak menyangkan aktor berusia 64 tahun ini seorang yang begitu berani


Sedangkan bagi sesetengah orang, mungkin akan mengalami trauma terutama untuk muncul di tempat awam.


Namun, Simon yang masih dalam proses pemulihan tetap muncul pada acara mempromosikan filemnya yang terbaharu, Little Q.


Pelakon itu bagaimanapun mengaku, selepas insiden serangan tersebut, dia sekarang lebih selektif tentang penampilannya di tempat awam.


Kehadirannya di acara itu sebagai membuktikan bahawa dia tidak mahu mengecewakan barisan pelakon lain seperti Gigi Leung, Him Law, Charlie Young serta peminat


Demi keselamatannya, Simon dikawal rapi oleh sepasukan pengawal peribadi pada hari tersebut.


“Filem ini mempunyai persamaan dengan kehidupan saya dan anak perempuan saya. Jadi ia sangat penting dan karya terbaik yang pernah saya lakonkan,” katanya.


Littke Q, bakal di tayangkan di pawagam di China mulai 20 September ini.


Terdahulu, pada 20 Julai lalu, Simon dilaporkan diserang secara tiba- tiba oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menikamnya di bahagian perut dan tangan.


Ketika itu berada di sebuah acara perasmian kelengkapan rumah, EasyHome di Zhongshan, Guangdong.


Video yang merakamkan saat Simon memengang perutnya yang berlumuran darah sebelum rebah ke lantai, tular dan mengejutkan masyarakat.


Sementara, suspek yang dikenali sebagai Chen, 53, telah berjaya diberkas pihak polis. Lelaki itu disahkan menghidap penyakit gangguan delusi (paranoiac schizophrenia).


Simon bagaimanapun tidak merancang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut. – MHE TV

Iklan