Penyanyi Irish, Sinead O’Connor mengumumkan kepada peminatnya menerusi Twitter yang dia kini sudah memeluk agama Islam minggu lalu. 

Menukar namanya kepada Shuhada Davitt, penyanyi yang dikenali dengan lagu Nothing Conpares 2U itu turut menukar profil foto Twitter dengam gambar dirinya mengenakan hijab. 

Kata O’Connor menerusi Twitter, dia cukup berbamgga agama baharunya ini selepas melalui pelbagai episod perjalaanan mencari tuhan yang akhirnya menemukan dirinya kepada Islam. 

Berkongsi cerita mengenai hijab, tudung pertamanya dihadiahkan oleh sahabatnya Elaine dan tanpa ragu-ragu terus memakainya. 

Cuba untuk mendalami Islam, O’Connor turut menyiarkan videonya sedang melaungkan azan. 

Namun penyanyi ini meminta maaf kerana sebutan bahasa Arabnya masih tidak jelas dan sempurna, malah berjanji untuk memperbaikinya sebaik mungkin. 

Menerusi Twitter juga, O’Connor memberi amaran kepada pengikutnya yang dia akan membuang mana-mana tulisan yang berunsur anti Islam dan bersifat rasis. – MHETV

Iklan