Menjadi Mentor pertama yang kehilangan anak didiknya apabila salah seorang protegenya, Taufiq Rodzi disingkirkan pada konsert pertama, siapa sangka tuah tetap menyebelahi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.

Masakan tidak, pada konsert final yang berlangsung baru-baru ini, seorang lagi protegenya, Zaaim Abdullah diangkat sebagai juara program realiti yang memasuki edisi ke-10 itu.

Nah, Abang Batik menerusi kapsul Singgah Sekejap berkongsi aktiviti di sebalik tabir Nana dan Zaaim menjelang konsert akhir.

Iklan