Malam ini, PKR Selangor menyeru para penyokong menyertai majlis solat hajat dan bacaan Yasin di kediaman Menteri Besar.

Para penyokong di negeri tersebut yang merupakan kubu kuat seorang menteri kanan yang didakwa terlibat dalam video seks sejenis sejak semalam.

Sebuah pekeliling telah diedarkan kepada seluruh kepimpinan, penggerak, anggota dan pendukung PKR, mereka diminta untuk berkumpul di kediaman Menteri Besar Selangor.

Difahamkan, ia dihantar menerusi satu mesej oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Hilman Idham menyebut, majlis tersebut bermula pukul 7 malam (dengan) solat Maghrib berjemaah.

Lokasi ialah di Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar Selangor, Bukit Megawati, Seksyen 7, Shah Alam.

Difahamkan, perkara ini diputuskan ekoran serangan yang semakin memuncak ke atas menteri kanan tersebut selepas Muhammad Haziq Abdul Aziz, iaitu Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia adalah lelaki yang melakukan seks sejenis bersama menteri itu.-MHE TV

Iklan