Inilah yang dikatakan `beauty with brain.’ Pelakon dan penyanyi jelita, Dr. Soo Wincci berbangga dengan kejayaan menghabiskan pengajiannya di Sepanyol.

Wincci berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung (Berkley Valencia, Sepanyol) dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi dan Inovasi Muzik (Berkley Valencia, Sepanyol).

Dua pengiktarafan yang diterima Wincci selepas tamat pengajian PhD di Sepanyol.

Wincci yang berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram miliknya, meluahkan rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan yang digapai.

Dek kejayaan itu juga, Wincci menerima pengiktarafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees of Obtained by A Recording Artis.

 

View this post on Instagram

 

Apart From My 5th Graduation & Single Launching Today, Finally I Can Announced that I achieved another 2 more @malaysiabookofrecords “Most Academic Degrees Achieved By A Beauty Queen” & “Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist” 除了今天的毕业还有新歌发行,今天终于可以公布,我再创两个全新大马记录! “考获最多学业的美姐” 和 “考获最多学业的歌手” Selain graduasi dan single launching, hari ni Wincci juga mencapai 2 Record Malaysia Yang Baru ! “Most Academic Degrees Achieved By A Beauty Queen” & “Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist” #myberkleestory #inwincciblejourney #MalaysiaBookofrecords #Valencia #Spain

A post shared by Dr. Soo Wincci 蘇盈之 (@dr.soowincci) on

“Apart from my 5th graduation and single launching today, finally i can announced that I achieved another two more @malaysiabookofrecords ‘Most Academic Degrees Achieved By A Beauty Queen’ and ‘Most Academic Degrees Achieved By A Recording Artist’,” tulis Wincci.

Sebelum ini, Wincci yang juga bekas Miss World Malaysia mengagumkan peminat apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) Oktober 2016, di dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-Undang (University of Reading, United Kingdom).

Langkah Wincci tidak terhenti di situ apabila penyanyi berusia 33 tahun ini akan meneruskan pengajian PhD keduanya dalam jurusan Artistic Produksi di University of Polytechic di Sepanyol pada September hadapan.

Bakal menyambung pengajian PhD yang keduanya di Sepanyol pada September depan.

Tahniah buat Wincci! Semoga terus bersemangat untuk menuntut ilmu dan memberi manfaat buat industri muzik tanah air kita. – MHE TV

Iklan