ZAIFUL ZAINAL

 

BEKAS atlet negara, Zaiful Zainal, 36, memuji produk keluaran Stail Seratus yang menyifatkan kualiti pakaian sukan dihasilkan anak tempatan itu hampir setaraf dengan jenama global.

Pemegang rekod kebangsaan untuk acara olahraga 400 meter sejak 2001 hingga kini itu optimis dengan usaha berterusan dua pemilik bisnes tersebut iaitu Dr. Mohamad Shahir Mohamad Suhaimi dan Habib Abdul Rauf Yunus.

Walaupun sudah lama meninggalkan sukan trek, Zaiful masih aktif bersukan.

“Selaku seorang bekas atlet negara dan masih aktif bersukan sehingga ke hari ini, saya berbangga kerana ada produk tempatan dilihat mampu menyaingi jenama-jenama luar negara yang menguasai pasaran global.

“Saya pernah mencuba kualiti pakaian Stail Seratus dan fabrik digunakan jenama ini bersesuaian dengan iklim di Malaysia.

“Selain tahan lasak, si pemakai turut berasa selesa ketika memakai pakaian ini walau dalam keadaan cuaca apa sekali pun,” ujar atlet kacak berkenaan.

Zaiful bersama rakan atlet olahraga 4×400 meter ketika memenangi pingat emas di Sukan Sea Korat 2007, Thailand.

Dia berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis ulang tahun kedua Stail Seratus yang diadakan di pusat beli-belah Ecurve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Dr. Shahir Suhaimi dan Habib Yunus (tiga & empat dari kiri) bersama barisan model ketika majlis pelancaran produk pencuci muka keluaran syarikatnya, sekali gus menyambut ulang tahun kedua Stail Seratus.

Zaiful atau Muhamad Zaiful Zainal Abidin sebelum ini juga pernah membintangi beberapa buah drama dan kini bergelar guru sepenuh masa yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sementara itu, Dr. Shahir menjelaskan produk pencuci muka keluarannya boleh dibeli dengan harga eksklusif RM15 sahaja di MyBazar.com.- MHE TV

Iklan