Tiada apa yang lebih menggembirakan hati seorang peminat apabila idola sendiri yang menelefon!

Ikon Liverpool, Steven Gerrard membuat kejutan apabila beliau sendiri menghubungi seorang peminat cilik, Jack yang kematian bapanya, Robbie Flemming.

Flemming ditemui mati di kediamannya di Lisburn, utara Ireland pada Jun tahun lalu.

Jack dan Flemming adalah peminat setia pasukan bola sepak Liverpool.

Jack yang berada di dalam kereta ketika menerima panggilan video tersebut, terkedu saat mendengar suara dan melihat wajah Gerrard bertanyakan khabar.

Gerrard menunaikan impian peminat ciliknya dengan caranya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, Gerrard turut menjemput Jack untuk datang berjumpa dengannya di Liverpool!

Jack menitiskan air mata kerana tidak menyangka akan dapat berjumpa dengan idolanya secara bertentang mata!

Jack terharu dan menitiskan air mata apabila menerima panggilan video daripada idolanya.

“Saya gembira namun dalam masa yang sama, turut bersedih kerana ayah telah tiada.

“Dia adalah peminat setia Liverpool namun tidak sempat untuk merasai detik bersejarah ini bersama saya,” kata Jack. – MHE TV

Iklan