Hiburan Trending Video

Sudah-sudahlah bergaduh… Kim Kardashian anggap dah berbaik dengan Taylor Swift

Sudah-sudahlah bergaduh… Kim Kardashian anggap dah berbaik dengan Taylor Swift

Perang dingin antara Taylor Swift dengan pasangan Kanye West dan Kim Kardashian pada tahun 2016 tentunya menjadi momen yang tidak akan dilupakan peminat.

Apatah lagi selepas Kim menggelarkan Taylor sebagai `ular’, yang membawa erti simbol kelicikan pelantun lagu Delicate itu terhadap suaminya

Hampir tiga tahun kontroversi berpanjangan, akhirnya Kim berkata dia mahu mengakhiri perseteruan tersebut.

Malah bintang realiti TV itu mengakui dia dan Taylor Swift sudah tidak bergaduh lagi.

Kim membuat pengakuan tersebut ketika dia dan adik beradiknya Kourtney dan Khloe menjadi tetamu dalam acara `Watch What Happens Live’ yang dihoskan oleh Andy Cohen.

Katanya, meskipun dia dan Kanye belum sempat bertemu dengan Taylor Swift namun mereka sudah melupakan insiden tersebut.

“Kami sudah melupakannya,” jawab Kim.

Andy kemudiannya bertanya soalan nakal kepada Kim, jika berada di dalam lif, dia lebih bersedia terserempak dengan Taylor atau Drake (yang baru-baru ini bergaduh dengan Kanye), selebriti ini pantas menjawab yang dia lebih bersedia bertemu Taylor.

Menyingkap semula isu hubungan Taylor dan pasangan selebriti tersebut, konflik bermula selepas Kanye ‘memetik’ nama Taylor di dalam lagunya yang Famous.

Lirik tersebut berbunyi, `I feel like me and Taylor might still have sex, because I made that bitch famous”.

Taylor menjadi berang mendengar lagu itu namun Kanye mempertahankan diri dengan mengatakan bahwa dirinya sudah menghubungi Taylor dan dia sendiri bersetuju dengan lirik tersebut.

Sebaliknya pengurusan Taylor pula mendakwa yang penyanyi itu langsung tidak diberitahu mengenai lirik tersebut.

Kontroversi semakin panas apabila Kim turut campur tangan dan menyokong suaminya dan menuduh Taylor berpura-pura menjadi mangsa – MHE TV

Ruang komen