Sewaktu filem Top Gun dikeluarkan pada tahun 1986 dan menjadi box office, terus meledakkan nama Tom Cruise dan Kelly McGillis.

Kali ini, terbaharu filem yang bakal ditayangkan pada 2020, dibuat kembali menggunakan judul Top Gun: Maverick.

Masih mengekalkan Tom Cruise, 57, sebagai bintang utama yang membawa watak Leftenan Pete Maverick, namun tidak bagi watak heroin.

Pihak produksi memutuskan untuk menampilkn Jennifer Conelly, 48, sebagai kekasih Maverick.

Tidak terasa hati dengan perkara tersebut, Kelly McGillis yang kini berusia 62 tahun, menjelaskan dia memahami keadaan produksi filem Hollywood.

Kelly (kiri) menjelaskan dia memahami apabila pihak produksi tidak memilihnya untuk sekual filem Top Gun: Maverick

Ketika ditanya wartawan Entertainment Tonight, Kelly menjelaskan kenapa dia tidak diundang untuk membintangi filem sekuel tersebut.

“Saya sudah tua dan gemuk. Ia bukanlah suatu yang diperlukan dalam filem tersebut.

“Saya selesa dengan penampilan sekarang dan sesuai dengan usia saya,” jelas Kelly yang lima tahun lebih tua dari Tom Cruise.

Kata Kelly, dia lebih selesa menjadi diri sendiri berbanding mengikut apa yang diperlukan oleh orang lain. – MHE TV

Iklan