Sufian Suhaimi, Wany Hasrita dan Syafiq Farhain bakal hadir memeriahkan peringkat akhir Gadis Panca MyBeauty 2018.

SELAIN menampilkan 10 finalis jelita yang bakal bertanding pada pentas akhir Gadis Panca MyBeauty 2018, acara kemuncak itu pada 14 Disember ini turut dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular tanah air.

Dijadualkan berlangsung di Dewan Utusan Chan Sow Lin bermula jam 3 petang, antara artis yang hadir untuk membuat persembahan ialah Wany Hasrita, Syafiq Farhain dan Amelina.

JOEY DAUD selaku pengacara pentas final Gadis Panca MyBeauty 2018.

Wany selain hadir mempersembahkan sebuah lagu, dia turut bakal diumumkan sebagai penerima anugerah khas iaitu Cover Panca Inspirasi 2018.

Di samping itu, dua lagi bintang popular iaitu Zahirah Macwilson pula akan menerima anugerah selaku Cover Panca Versatil 2018, manakala satu lagi pengiktirafan diberikan kepada Sufian Suhaimi menerusi anugerah Cover Panca Sensasi 2018.

Majlis yang bakal diacarakan oleh pelawak Joey Daud itu turut mengundang panel juri profesional yang terdiri daripada Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katija, Datuk A. Aida, Datuk Fazley Yaakob dan Rita Rudaini.

Miss Universe Malaysia 2017, Samantha.

Juara Gadis Panca MyBeauty 2018 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej percutian ke Balkan, tiara dan trofi iringan.

Malah, gadis bertuah itu juga ditawarkan kontrak lakonan di bawah agensi pengurusan A. Aida Talent & Management milik A. Aida. – MHE TV

Iklan