Trending Tular

Suhaimi Saad buat hal lagi!

Nampaknya Suhaimi Saad terus menerus menimbulkan provokasi dalam kalangan netizen walaupun menyedari dia bakal dicemuh.

Terbaharu, menerusi status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya, Suhaimi mempersoalkan tentang vaksin dengan isu pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Dalam kenyataan itu Suhaimi mengatakan bahawa vaksin bukanlah segala-galanya.

“Gas metana? Vaksin bukanlah segala-galanya. Allah Maha Berkuasa. Makhluk tak ada kuasa.

“Betul virus tak ada kaitan dengan gas. Tapi Allah nak tunjuk kuasa Dia. Jangan ‘bertuhankan’ apa pun selain Dia,” tulisnya.

Status yang dimuat naik Suhaimi dalam akaun Facebook miliknya.

Kenyataannya itu mengundang kecaman netizen yang mengatakan bahawa gas metana adalah bahan kimia dan tiada kaitan dengan pengambilan vaksin.

Antara komen-komen netizen.

Hurmm…MHE TV tak tahulah nak kata apa dengan kenyataan yang dikeluarkan bekas anggota kumpulan InTeam ni.

Rakyat sedang bersedih dengan apa yang berlaku di Pasir Gudang, namun tidak perlulah mengeluarkan kenyataan hanya semata-mata untuk meraih perhatian. -MHE TV

Iklan
Ruang komen