Penyanyi dan chef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga meluahkan rasa sedihnya kerana terlalu banyak kenangan manis bersama Almarhum.

“Almarhum banyak menyokong kerjaya semenjak saya mula-mula jadi penyanyi lagi. Setiap kali Almarhum hadir menonton persembahan saya, saya tidak akan lupa menyanyikan lagu Sepanyol kegemarannya iaitu Beautiful Maria.

“Saya juga tidak lupa apabila Almarhum mengucapkan terima kasih kerana saya pernah memartabatkan nama Pahang di mata dunia apabila membawa Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London.

“Menjelang konsert tersebut, saya dan arwah ayah saya sendiri yang menjemput Almarhum dan keluarga untuk menyaksikan konsert Siti di sana. Kata Almarhum, demi martabat Pahang Almarhum sanggup turun padang menonton konsert.

“Sebagai pakar motivasi juga, Almarhum nasihatkan saya agar meneruskan kerjaya ini untuk terus meningkatkan semangat masyarakat terutamanya rakyat Pahang.

“Marilah kita sama-sama doakan agar roh sultan berjiwa rakyat ini dicucuri rahmat dan bersama orang-orang beriman,” luahnya.- MHE TV

Iklan