Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac menyifatkan kemangkatan Sultan Hj Ahmad Shah sebagai satu kehilangan besar buat seluruh rakyat Pahang dan juga penggiat seni.

Katanya, Sultan Ahmad merupakan seorang individu yang aktif memberi sokongan kepada selebriti tempatan selain memberi pengiktirafan sebagai tanda sokongan.

“Keluarga saya dan Almarhum sememangnya bersahabat baik sejak ayah saya sekolah lagi. Mereka satu sekolah dan kami memang kenal rapat.

“Sudah tentu pemergiannya amat dirasai kerana kami sudah menjadi sebuah keluarga,”luah Hans.

Menurut Hans, beliau tidak akan melupakan setiap kenangan ketika bersama Almarhum dan akan turun ke istana bagi memberikan penghormatan terakhir buat baginda.

“Dari dahulu Almarhum banyak membantu golongan artis dan sudah tentu kami merasai kehilangan besar dikala ini.

“Segala momen bersamanya akan menjadi satu kenangan indah buat saya dan saya akan turun memberi penghormatan terakhir buat Almarhum nanti,” jelas Hans. -MHE TV

Iklan