Melihat ini sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Pahang, pelakon 90-an Datuk Seri Eizlan Yusof turut menyampaikan ucapan takziahnya kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat diraja Pahang.

Berkongsi sifat Almarhum yang dianggapnya sangat peramah, kongsi Eizlan dia juga tidak akan melupakan jasa Sultan dalam mengiktiraf anak seni di negara ini.

“Paduka ayahanda adalah seorang yang sangat peramah. Malah sikapnya itu juga membuatkan saya sangat menghormatinya sebagai seorang pemimpin.

“Tentunya jasa Almarhum dalam membantu industri kreatif di negara ini untuk berkembang selain sangat menitikberatkan kebajikan insan seni akan sentiasa diingati.

“Saya doakan roh Almarhum dicucuri rahmat dan bersama-sama orang beriman,” kongsinya.- MHE TV

Iklan