Tinggal di bawah pondok beratapkan daun pisang dan minum air dari sumber mata air guna daun, itu antara pengalaman yang dilalui pelakon Baim Wong ketika berada di sebuah pulau.

Lebih mengerikan, dia juga menemui tengkorak manusia ketika sedang sedang berjalan untuk mencari kayu api.

Pulau tersebut dikenali sebagai Pulau Kosong yang terletak di Guangzhou, China.

Pelakon drama Bukan Cinta Aku itu pergi ke pulau tersebut demi menyahut cabaran pengikut dalam akaun laman sosial video YouTube miliknya yang mencabarnya untuk menjalani hidup sekurang-kurangnya selama tiga hari di situ.

Berdasarkan foto-foto yang dikongsi Baim dalam Instagram, menunjukkan pelakon ini memang berjuang untuk hidup dalam serba kekurangan di pulau berkenaan.

Bagaimanapun sebilangan warganet tidak mempercayai malah mempersoalkan kesahihan Baim tinggal di situ memandangkan dia kerap mengemaskini status dan berkongsi dalam akaun media sosial.

Baim Wong bersama dua kru produksi bertahan hidup di sebuah pulau terpencil di China, selama tiga hari.

Sedangkan jika ikut logik, di sebuah pulau yang terpencil biasanya sukar mendapat jaringan internet dengan baik.

Tidak mahu pengikutnya terus curiga, Baim menjelaskan sebenarnya setiap hari ada seorang yang ditugaskan berulang alik ke Pulau itu untuk mengambil bahan rakaman dan dibawa ke bandar untuk dimuat naik dalam akaun media sosial.

“Kami tinggal di sini dan jalani penggambaran, nanti ada runner yang datang.

“Dia akan membawa SD Card ke bandar dan memberi kepada orang yang ditugaskan untuk memuat naik video atau gambar saya,” jelasnya yang mempunyai lebih 8 juta pengikut dalam Instagram. – MHE TV

Iklan