Seorang lelaki disyaki terlibat dengan pembunuhan bapa kepada penyanyi KPop, Kim Samuel iaitu Jose Arredondo telah berjaya diberkas polis.

Laporan ABC News menyebut, suspek berusia 50 tahun itu adalah teman kepada mangsa namun identiti penuh individu berkenaan masih belum didedahkan.

Jose merupakan seorang ahli perniagaan terkenal di Amerika Syarikat yang memiliki perusahaan pusat jualan kereta, ‘Family Motors’.

Jose Arrendondon meninggal dunia akibat dibelasah dan ditikam, di rumah persinggahannya, di Cabo San Lucas, Mexico, pda 16 Julai lalu.

Dalam kejadian pada 16 Julai lalu, Jose meninggal dunia akibat dibelasah dan ditikam, di rumah persinggahannya, di Cabo San Lucas, Mexico.

Mendiang ditemui dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepalanya akibat pukulan objek keras dan sebilah pisau tertikam di belakangnya.

Sementara itu, Samuel menerusi laman sosial Instagram memuat naik status sempena ulang tahun debutnya yang kedua serta mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat selama ini.

“Walaupun baru-baru ini saya mengalami masa yang sukar secara mental dan emosi, cinta dan sokongan Garnets (gelaran peminat) telah memberi saya keberanian dan kekuatan.

“Saya akan terus kuat, tabah dan bekerja keras pada masa hadapan,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik pada 2 Ogos lalu.

Kim Samuel merupakan anak kedua Jose hasil perkahwinan dengan isteri, Kim Kyung-ju, seorang warga Korea.

Remaja berusia 17 tahun itu telah menceburkan diri dalam industri KPop sejak menyertai rancangan realiti TV, Produce 101 musim kedua.

Dia yang juga popular dengan nama 1Punch, setakat ini telah mengeluarkan album solo pertama berjudul Eye Candy pada Oktober 2017 dan hit dengan single bertajuk, Sixteen. – MHE TV

Iklan