Pada zaman media sosial yang serba meluas ini, macam-macam kerenah netizen yang dapat dilihat dengan aktiviti selebriti.

Biasalah ada orang yang suka dan ada yang tidak suka dengan apa yang dilakukan mereka.

Dan baru-baru ini, apabila ada seorang pengguna Twitter yang dikatakan mengutuk konsep ‘sweet table’ yang diperkenalkan Datuk Fazley Yaakob, mendapat perhatian chef selebriti itu sendiri.

Malah Fazley sendiri mengucapkan terima kasih kepada pemilik akaun Twitter tersebut.

Bagi chef selebriti dan pemilik Sukasucre Bistro ini, beliau tidak marah dengan apa yang dilakukan individu tersebut.

“Saya sendiri cakap dengan dia yang saya tidak ambil hati dengan apa yang berlaku. Dan saya pun dah maafkan dia.

“Saya siap cakap terima kasih pada dia kerana secara tidak langsung sebenarnya, dia mempromosikan Sweet Table yang saya buat,” jelas Fazley kepada MHE TV.

Mengulas lanjut, bapa kepada empat anak ini turut memberitahu tindakannya memuat naik status tersebut dalam Instagram miliknya.

“Saya sengaja letak status tu di Instagram supaya dia tahu yang saya nampak dan sedar tentang apa yang dia buat.

“Dia pun komen kata terima kasih. Tetapi saya dapat tahu selepas itu dia terpaksa tutup akaun Twitter dan Instagramnya disebabkan perkara ini,” katanya. -MHE TV

Iklan