Kalau sebut nama Syafie Naswip, 27, memang semua orang tahu yang pelakon ini mampu membawa apa sahaja watak dengan cemerlang.

Terjun ke dunia lakonan sejak usia 12 tahun, Syafie boleh dikatakan ‘ranum’ dengan pengalaman dan cabaran selok belok dunia lakonan.

Pelbagai watak sudah dijayakan sama ada untuk drama mahupun filem, dari kanak-kanak di bangku sekolah hinggalah watak remaja dan lelaki matang, berjaya diterjemahkan.

Syafie Naswip

Namun kalau sudah namanya pelakon, tak mungkin mudah berasa puas dengan mutu lakonan untuk setiap watak yang pernah dibawakan.

Ujar Syafie, banyak lagi karakter yang diimpikan terutamanya di layar perak. 

Selepas mendapat pujian dan komen positif menerusi watak Mat Dan dalam filem Polis Evo 2, anak didik Allahyarham Yasmin Ahmad ini berharap diberikan watak yang lebih mencabar pada masa akan datang. 

“Saya idamkan karakter yang memerlukan saya merubah bentuk fizikal secara total. 

“Contohnya production bagi saya masa tiga ke empat bulan untuk pergi training, buat badan, bela jambang atau rambut yang boleh serlahkan sisi berbeza dalam diri saya. 

“Saya menantikan watak-watak seperti dalam filem action thriller yang menampilkan aksi-aksi lasak dan mencabar adrenalin. Doakan saya dapat karakter seperti itu satu hari nanti,” kongsinya kepada MHE TV. 

Syafie kini berada di Mumbai, India bagi menjalani penggambaran drama bersama Sweet Qismina.

Dalam perkembangan lain, Syafie kini berada di Mumbai, India bagi menjalani penggambaran drama bersiri Aku, Dia dan Pinky Promise bersama pelakon Sweet Qismina. – MHE TV

Ruang komen
  Dia gadis yang manis dan comel! - pengakuan jujur Amir Hasan terhadap Sweet Qismina
Iklan