SYAFIQ FARHAIN, Abang Bomba dan penyanyi muda gilaan ramai menafikan tanggapan `sorok’ ibunya daripada sebarang publisiti.

Syafiq menjawab kepada URTV mengenai pertanyaan orang mengapa tidak ada cerita atau fotografi Syafiq dengan ibunya yang juga bekas isteri pertama penyanyi Allahyarham Saleem (ayah Syafiq) dalam publisitinya melalui media tempatan sepanjang bergelar artis.

“Ibu di kampung. Memang tak ada publisiti kami gambar sama-sama dalam media tempatan tapi saya tak sorok ibu di laman sosial saya. Saya sayang ibu dan adik-beradik lain..

Tahun ini saya akan pulang beraya menemui ibu dan keluarga di Setiu, Terengganu. Tentulah ada buah tangan untuk keluarga, bukan selalu dapat cuti inilah waktunya meluangkan masa bersama-sama,” katanya.

Jom layan video Syafiq bercerita tentang sambutan lebaran dan lagu raya terbaharu nyanyiannya.

Iklan