Hiburan Trending Tular

Syahrini cantik plastik, penjual sayur ini cantik asli

Selebriti popular Indonesia Syahrini kebelakangan ini menjadi perhatian masyarakat republik itu. Apa lagi kalau bukan mengenai perkahwinannya dengan jutawan Reino Barack.

Tetapi susuk wanita yang dikatakan mirip Syahrini ini juga mula diperkatakan netizen. Tambah kecoh, individu berkenaan ialah seorang penjual sayur dan dia tular disebabkan kecantikannya.

Menerusi sebuah video yang tersebar di Internet, memperlihatkan dia sedang sibuk menjual sayur-sayuran dan melayani pelanggannya di pasar yang terletak di Purwokerto, Jawa Tengah, Indonesia

Sekilas pandang, ramai yang mengatakan penjual sayur cantik ini mirip pelantun lagu Sesuatu itu.

Gadis penjual sayur ini tular gara-gara wajahnya dikatakan mirip penyanyi Syahrini.

Bezanya wanita itu dengan Syahrini yang cantik kerana hasil pembedahan plastik. Tetapi wanita tersebut memiliki paras rupa yang cantik semula jadi.

“Cantikkan ini kali…pasti dia cantik asli tanpa pembedahan dan filter-filter,” kata netizen.

“Malah cantik asli…Syahrini solekannya tebal,” sindir seorang lagi.

Tak kurang, banyak juga yang membuat jenaka mendakwa wanita itu adalah Syahrini.

“Syahrini baru nikah sudah disuruh jual sayur oleh Reino Barack,” komen netizen.

“Inces turun pangkat..nikah sama Reino malah jadi bakul sayur,” kata seorang lagi. – MHE TV

 

Iklan
Ruang komen
  Kenapa Syahrini bernikah di Jepun?