Watak Pali dalam drama Pujaan Hati Kanda memberi kesan kepada pelakon Syazwan Zulkifly sehingga dia menerima kecaman warganet.

Kritikan bukan bermaksud lakonannya tidak menjadi, sebaliknya apa yang dipaparkan Syazwan dalam setiap watak meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Ia turut memberi impak apabila nama Syazwan kembali menjadi sebutan ramai setelah agak lama tidak melihat penampilan Syazwan dalam drama bersiri sepanjang tahun lalu.

Berlakon di samping pelakon lain seperti Mira Filzah dan Remy Ishak, Syazwan juga memberitahu dia cuba lari daripada watak-watak yang pernah dibawakan sebelum ini.

Iklan