Comel je bila double wany bergabung membuat mash up tiga lagu popular Nobody, Pudar dan Syinta Gila nyanyian asal Wonder Girls, Rossa dan Safiey Illias.

Nyanyian mash up Wani dan Wany Hasrita mendendangkan lagu tersebut mendapat lebih 200 ribu likes dan lebih seribu komen untuk video yang di muat naik di Instagram Wani.

Video tersebut turut mendapat perhatian Safiey Illias yang memuji nyanyian dua penyanyi wanita tersebut.

“Hehe sedaplah…terus dpt idea baru untuk next song,” tulis Safiey di ruangan kapsyen.

Aksi comel Wani dan Wany Hasrita ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut berjaya menarik perhatian warga net yang tidak henti-henti meninggalkan komen positif memuji suara sedap dua penyanyi remaja itu.

Hmmm nampaknya lagu Syinta Gila mampu mengatasi populariti lagu Bobo di Mana nyayian Sajat.

Safiey Illias pun dah tak sabar nak buat single keduanya..tak sabar nak dengar!- MHE TV

Iklan