Penyanyi kontroversi, T.O.P kembali menjadi topik panas kalangan pengguna media sosial gara-gara beberapa foto pelik yang dimuat naik dalam IG Story baru-baru ini.

Semalam (19 Julai), anggota kumpulan Big Bang itu teruk dikritik gara-gara dikatakan ‘menganggu’ pengikut Instagram dengan gambar seperti ulat, patung boneka, topeng mengerikan, debunga dan lukisan menyerupai kambing jantan.

Warganet mula tertanya-tanya kenapa penyanyi tersebut berkongsi foto sedemikian?

Sekaligus mencetuskan spekulasi, tidak mustahil dia sedang ketagih dadah atau mengalami tekanan.

Sebelum ini, pemilik nama sebenar Choi Seung Hyun itu didakwa terlibat dengan penyalahagunaan dadah jenis ganja. Akibatnya dia dibuang daripada menjalani latihan ketenteraan.

Disebabkan tertekan dengan kontroversi itu, dia nyaris membunuh diri apabila bertindak memakan ubat tidur secara berlebihan yang mengakibatkan dia koma selepas beberapa hari.

Setelah pulih, sebagai hukuman (terlibat dengan dadah), T.O.P menjalani khidmat sosial selama dua tahun sebelum diarahkan menyambung semula latihan ketenteraan.

Artis berusia 31 tahun ini secara rasmi menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada 6 Julai lalu.

Sementara itu, sebahagian peminat pula berpendapat, penyanyi rap ini mungkin sedang memikirkan idea untuk projek muzik terbaharu.

Mengenali T.O.P, dia memang seorang yang suka mengumpul hasil seni yang abstrak dan pelik.

Malah, dia sanggup berhabis ribuan ringgit membeli lukisan-lukisan pelik daripada pelukis terkenal serata dunia. – MHE TV

Iklan