Apa yang akan anda buat jika baju sudah siap tetapi tidak dapat pakai untuk majlis yang sepatutnya anda hadir?

Penyanyi Ariana Grande yang sepatutnya hadir pada majlis Grammy yang diadakan di Staples Center, Los Angeles, bagaimanapun tetap meraikannya dengan memakai gaun yang sudah ditempah di rumahnya.

Ariana memuat naik gambar di akaun Instagram dengan memperlihatkan dirinya memakai persalinan gaun kembang rekaan Zac Posen, di rumahnya.

“Apabila pereka @zacposen membuat gaun khas untuk diri ini, jadi tidak kisahlah sama ada kamu menyanyi atau tidak…terima kasih…” tulis Ariana.

Penyanyi yang berusia 25 tahun ini menunjukkan tanda protes terhadap Grammy dengan tidak menghadirinya apabila berlaku sedikit pertelingkahan dan salah faham dengan penerbit Grammy, Ken Ehrlich.

Bagaimanapun, Ariana telah memenangi anugerah di Grammy iaitu bagi kategori Album Pop Vokal Terbaik untuk album Sweetener. – MHE TV

View this post on Instagram

just a surfin boy @zacposen

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Ruang komen
  Lagu Ariana Grande, Lady Gaga dicop 'berbahaya'!