Meluahkan rasa duka terhadap impian perkahwinannya yang tidak kesampaian dalam single ‘istimewa’ yang disiarkan di Youtube, pelakon Zulin Aziz mengaku sering diperguna lelaki dalam percintaan.

Biarpun telah berkali terluka dalam cinta, jelas Zulin kisah perkahwinan terbarunya ini sangat menekan jiwanya lantas digubah menjadi lirik didalam lagunya ini.

“Selama saya hidup 29 tahun ini, hanya sekali saya dapat merasa cinta yang benar-benar cinta, yang lain hanya dipermainkan.

“Saya sering bertanya kepada Allah, kenapa saya sering diuji begini. Saya bertahajud meminta Allah cepatkan jodoh saya dan akhirnya, saya terpaksa akur bahawa jodoh masih belum berpihak kepada saya lagi.

Sumber: Instagram @zulinaziz

“Banyak ikhtibar yang saya peroleh daripada kisah ini, bila ditinggalkan dengan cara begini barulah saya sedar, Allah seumpama memberi mesej bahawa belum sampai masanya untuk saya berkahwin.

“Sebab itu perkahwinan ini terhalang, Dia tak mahu saya berkahwin dengan orang yang tidak bertanggungjawab,”jelasnya.

Menurut Zulin, biarpun klip video itu sudah tersebar secara meluas di media sosial, namun bakal suami tak menjadinya itu tidak pernah memberikan sebarang respon.

“Setakat hari ini saya tak dengar apa-apa berita tentang dirinya kerana dia terus menghilangkan diri. Biarlah… saya sudah tidak peduli lagi.

“Saya tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada klip video ini. Ia dibuat hanya untuk memberi semangat kepada wanita lain yang mengalami dugaan sama seperti saya.

“Bohong kalau kata saya tidak terkesan dengan apa yang berlaku, cuma setakat ini saya tidak akan menutup hati untuk terus mencari cinta,” luahnya. – MHETV

Iklan