Hebat betul pemikiran orang Melayu terdahulu. Rupa-rupanya mereka dah guna lebih awal lagi sebuah alat canggih pada ketika itu bagi mendapatkan air bersih untuk dibuat minum.
Jangan terkejut pula bahawa mereka dulunya sudah memiliki penapis air yang berfungsi sama seperti kits gunakan pada hari ini. Ada la beza sikit tapi bab reka bentuknya sahaja.
Sayang sekali kerana dikhabarkan warisan lama ini semakin lenyap dan sukar diperoleh lagi. Nak tahu kenapa? Hari ini pelbagai ciptaan baru penapis air moden sekaligus, alat tapis air lama ini sudah tidak digunakan lagi.
Tapi korang jangan bimbang kerana benda lama ini ada dipamerkan di Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Dengar cerita, ia merupakan satu-satunya koleksi yang ada.
Barang antik katanya dijumpai sendiri oleh Mantan Pengarah Muzium tersebut, Dr. Haji Muhammad Pauzi Abd. Latiff. Lokasi penemuan artifak berharga ini ditemui pada tahun 2012 di kawasan bersejarah yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Menurut beliau, barang lama ini nyaris-nyaris mahu dibuang oleh pemilik asalnya.
Menurut beliau, reka bentuk keseluruhan penapis air antik ini diperbuat daripada batu pasir. Ia memang sesuai kerana sifat batu ini mudah dibentuk.
Selain itu, ia merupakan sejenis batu yang mudah meresap air. Ujarnya, ciptaan unik ini sudah lama wujud telah digunakan sejak abad ke-18 hingga abag ke- 19.
Penapis air diperbuat daripada batu ini mempunyai tiga struktur utama iaitu bahagian permukaan atas dipanggil BUJUR SANGKAR dan bahagian bawah BUJUR TELUR.
Sementara itu, bahagian tengah terdapat sebuah lubang berbentuk silinder. Ia berfungsi sebagai tempat takungan air yang belum bersih sebelum ditapis keluar menerusi hujung bahagian BUJUR TELUR.
Artifak lama ini menjadi alat isi rumah yang banyak digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu di kawasan tengah dan selatan Semenanjung Malaysia. Sebagai contoh, Negeri Sembilan, Melaka Dan Johor.
Iklan