Taylor Swift memang diketahui antara artis yang selalu mempertahankan peminat. Terbaharu, bintang Pop-Country sensasi ini telah menjadikan impian salah seorang penyokongnya menjadi kenyataan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Me itu dikatakan telah melangsaikan kos baki tertunggak bagi semester akan datang untuk seorang Swifty (gelaran peminat) yang dikenali sebagai Ayesha Khurram.

Pertemuan manis Ayesha Khurram (tengah) bersama rakannya ketika di sebuah konsert penyanyi kegemaran mereka ini, beberapa tahun lalu

Gadis itu mendedahkan, dia terkejut apabila menerima mesej duit berjumlah USD$6000 (RM25,175) telah dimasukkan ke dalam akaunnya oleh kelab Taylor Nation, LLC, pada 12 Ogos lalu.

“Ayesha, teruskan pengajian kamu! Saya sayang kamu – Taylor,” itu mesej yang diterima penuntut jurusan akaun dan keewangan di Univesiti Waterloo, di Ontario, Kanada ini.

Tiada kata-kata yang mampu diungkap Ayesha saat menerima berita sejumlah wang telah dimasukkan ke dalam akaunnya

Beberapa minggu lalu, dia meluahkan dalam laman sosial Tumblr mengenai kesusahan keluarganya menyebabkan dia tidak mampu membayar yuran untuk semester yang akan datang.

Keadaan ibunya yang kini menderita akibat penyakit buah pinggang menambahkan lagi beban kesusahan mereka sekeluarga.

“Saya menceritakan nasib malang dan perjuangan saya untuk membayar yuran pengajian. Dua jam kemudian, saya menerima e-mel.

“Selepas membaca e-mel itu, saya terkedu dan tiada kata-kata yang dapat diungkap. Sebaliknya hanya mampu menangis kerana terlalu gembira,” katanya yang sangat berterima kasih kepada Taylor Swift.

Ini bukan kali pertama Taylor membantu Swifty. Sekitar tahun 2014, dia memberikan sekeping cek bernilai hampir AS$2,000 (RM8,000) kepada seorang peminat bertuah untuk melunaskan hutang pengajian.

Sikap Taylor Swift yang selalu mempertahankan dan tahu menghargai peminat membuatkan dia sentiasa disayangi sejak 13 tahun lalu

Manisnya, jumlah sebenar cek itu ialah AS$1,989, sempena nama album Taylor yang bertajuk,1989. Ia juga siknifikasi kepada tahun kelahirannya.

Pada awal tahun ini, Taylor membalas kiriman e-mel seorang peminat lelaki yang mengundang dia pada hari pertunangan peminat berkenaan.

Taylor membuat kejutan apabila dia hadir dan menyanyikan lagu kegemaran pasangan bertunang itu yang bertajuk, “King of My Heart.” – MHE TV

Iklan