Trending Video

Telefon Punya Pasal, Anak Kelemasan Pun Tak Sedar!

Gara-gara telefon bimbit lebih penting berbanding memberi perhatian buat anak kecil yang sedang bermain di dalam sebuah kolam, seorang ibu berdepan saat-saat genting selepas anaknya lemas akibat terjatuh dari pelampung.

Kejadian dilaporkan berlaku di Fuzhou, Fujian di China dan rakaman kejadian diperoleh daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Si ibu hanya berpaling beberapa ketika bagi mendapatkan telefon bimbitnya namun dilihat leka dengan gajet tersebut sehingga terlupa anaknya yang sedang berada di dalam kolam.

Anaknya yang berada di dalam pelampung berada bersama seorang lagi kanak-kanak di dalam kolam yang sama. Bagaimanapun pelampung anaknya tiba-tiba terbalik mengakibatkan kanak-kanak malang itu tenggelam dan lemas selama 90 saat tanpa disedari ibunya.

Kanak-kanak lain yang turut berada di dalam kolam tersebut cuba memberitahu wanita itu tentang anaknya yang lemas namun seakan tidak diendahkan wanita tersebut.

Hanya selepas 90 saat, wanita itu menyedari anaknya lemas dan meminta bantuan orang lain yang berada di sekitar kolam tersebut. Mereka bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bayi lelaki malang itu kini berada dalam keadaan koma dan ibunya kini disiasat polis.

Ruang komen