Daripada 10 pemain negara hanya dua yang layak ke perlawanan akhir. 

Itu keputusan dalam kejohanan badminton Siri Jelajah Dunia Super 500 Malaysia Masters yang berlangsung di Axiata Arena, semalam.

Layak ke final ialah pasangan beregu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sing selepas mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dengan keputusan 21-6, 18-21, 21-19, lapor Utusan.

Yew Sin berkata, walaupun layak ke final pada masa sama mereka berasa sedih kerana ramai rakan sepasukan lain tumpas di separuh akhir.

“Tekanan itu memang ada kerana hanya kami sahaja di pentas final.

“Kami sangat sedih kerana melihat satu-satu rakan kami gagal ke saingan akhir, sudah pasti kami akan berikan saingan terbaik,” katanya.

Pasangan negara itu akan bertemu pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo. 

Malaysia memiliki enam wakil di pentas separuh akhir namun beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Goh Jin Wei (perseorangan wanita) tewas dalam perlawanan masing-masing.

Perseorangan lelaki, Liew Daren pula terpaksa menarik diri selepas mengalami kecederaan tapak kaki kiri. – MHE TV

Sumber gambar: Utusan

Iklan