Peserta Big Stage 2019 yang berasal dari Korea Selatan, Han-Byul, 29, dinobatkan sebagai juara musim kedua program realiti berkenaan, sekali gus menewaskan empat finalis lain.

Menyanyikan lagu baharu berjudul Luka Dan Bahagia serta Lose Yourself, kemenangan Han-Byul melayakkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Sementara itu, vokalis kumpulan iAmNeeta, Neeta yang menjadi pencabar terdekat Han-Byul diumumkan sebagai naib juara dan memenangi wang tunai bernilai RM50,000.

Han-Byul diapit oleh Neeta (naib juara) dan Adzrin (tempat ketiga) ketika berakhirnya pentas akhir Big Stage 2019

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah wang tunai RM25,000 pula menjadi milik peserta bukan pilihan iaitu Adzrin.

Dua lagi finalis iaitu Irfan Haris serta Dinda Permata yang berada di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong apabila wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000 diperuntukkan buat kedua-duanya.

Pentas akhir Big Stage 2019 dipancarkan secara langsung menerusi Astro Ria dari Wisma MBSA Shah Alam dan dihoskan oleh Alif Satar bergandingan dengan Sherry Alhadad.

Iklan