Di luar gelanggang, gadis ayu ini dikenali dengan nama Nor Diana. Tapi masa berlawan dalam gelanggang, dia menggunakan nama Nor ‘Phoenix’ Diana.

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama gadis ini disebut-sebut kerana imejnya yang berhijab ketika beraksi dalam gelanggang gusti.

Tidak hanya itu, skil bergusti yang ditonjolkan berjaya menewaskan lawannya sekali gus, merangkul gelaran Wrestlecon Champion Malaysia Pro Wrestling (MYPW).

Berdasarkan pengakuan Phoenix, dia telah menceburi sukan ini sejak tiga tahun lalu. Minat terhadap sukan ekstrem ini tercetus apabila dia kerap kali bermain permainan video gusti bersama adiknya.

Lepas itu, secara spontan dia amat meminati rancangan sukan terbabit yang disiarkan di televisyen.

Tidak lama selepas itu, gadis kecil molek ini mengambil keputusan menyertai Persatuan Gusti Malaysia sehinggalah muncul sebagai ahli gusti profesional.

Sebelum ini, ketika bertarung di gelanggang gadis berusia 19 tahun ini akan mengenakan topeng muka untuk merahsiakan identitinya.

Namun, sewaktu saingan Ladies Night Singapore Wrestling tahun lepas, dia terpaksa akur dengan syarat pihak penganjur yang mahukan setiap peserta bertarung tanpa memakai topeng muka. –MHE TV

Sumber gambar: @nordianapw

Iklan